Menjelang bulan Zulhijjah yang bakal tiba beberapa hari lagi, kita saling ingat-mengingatkan bahwa 10 hari yang awal di bulan Zulhijjah merupakan hari terbaik di dunia, hari paling afdhal di sisi Allah 'Azza wa Jalla.
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Amal soleh yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Dzul-Hijjah). Sahabat bertanya: “Apakah lebih disukai daripada jihad fi sabilillah?” Baginda menjawab: “Ya. Lebih disukai daripada berjihad fi sabilillah, kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak membawa pulang sedikitpun kedua-duanya itu (semua harta dan jiwanya dikorbankan untuk jalan Allah)”
Dari Jabir bin Abdullah r.a. dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: “Hari yang paling afdal di dunia ialah 10 hari (yang pertama) bulan Zul-Hijjah.”
Hadis dikeluarkan oleh al-Bazzar. Menurut al-Haitsami rawi-rawinya tsiqah.
Maka dari itu mari sama-sama kita amalkan amalan-amalan yang baik demi meraih kelebihan dan keanugerahan dari yang Allah.
1. Solat – fadhu dan sunat-sunat
2. Puasa sunat mulai 1 hingga 9 Zulhijjah. Jika tidak lakukan pada 8&9 kerana fadhilatnya dihapuskan dosa dua tahun
3. Tilawah al-Quran sebanyak mungkin, dan mengulang-ulang surah-surah yang besar fadhilatnya seperti al-Zalzalah menyamai ½ al-Quran, al-Ikhlas menyamai 1/3 al-Quran dan al-Kafirun menyamai ¼ al-Quran
4. Selawat ke atas Nabi s.a.w. sebanyak yang mungkin, sedikitnya 100 kali sehari
5. Istighfar sebanyak yang mungkin, paling tidak 100 kali sehari
6. Berdzikir :
Baik membaca
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد
وهو علىكل شيء قدير
100 kali pagi dan 100 kali sore
7. Bersedekah sesuai kemampuan
8. Bersilatulrahim
9. Menengok orang sakit
10. Bertakbir mulai subuh pada hari ke 9
11. Solat sunat hari raya pada hari ke 10 (Situasi pandemi boleh dilakukan di rumah masing-masing)
12. Berkorban bagi yang mampu pada hari ke 10, 11, 12 dan 13
Dan amal-amal baik lainnya.
Selamat beramal, semoga Allah menerima amal kita dan dihapuskan dosa-dosa kita.
Ndatau
BalasHapus